
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud melanda Mindanao, Filipina pada pukul 2.43 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 103 kilometer pada koordinat 6.5°N, 126.8°E.
- Pusat gempa terletak 119 kilometer tenggara Davao, Filipina.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa berlaku pada kedalaman 103 kilometer (km) dengan koordinat 6.5 darjah utara dan 126.8 darjah timur.
Pusat gempa berkenaan terletak 119 km tenggara dari Davao, Filipina.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.