
KUALA LUMPUR, 7 Julai- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 3.16 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa berlaku pada koordinat 3.2°N, 127.5°E, kira-kira 137 km tenggara Pulau Talaud.
- Kedalaman gempa dicatatkan pada 10 km.
- Penilaian awal menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 3.2 darjah Utara dan 127.5 darjah Timur, kira-kira 137 kilometer (km) tenggara dari Talaud Island, Indonesia.
Menurut kenyataan itu, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.
“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.