fb fb fb fb fb

Gambar-gambar untuk puja Abuya ditemukan dalam serbuan di lima daerah di Johor

Mohd Fared (tengah) ketika menghadiri Majlis Hi-Tea bersama Pembayar Zakat Perniagaan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru / FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 25 September- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menjumpai gambar yang disyaki untuk memuja dan mengagung-agungkan bekas pemimpin Al-Arqam ketika serbuan di lima daerah baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, siasatan masih dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), berhubung kegiatan Global Ikhwan Services and Business Holdings, GISBH.

"Pemantauan kepada semua premis diteruskan kena ingat premis itu semua dibawah mereka..mungkin mereka akan kembali dan kita memantau dengan kerjasama kdn dan pdrm masa yg sama perniagaan mereka selagi mana tidak melibatkan yg salah diteruskan," katanya.

Dalam serbuan di Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Mersing minggu lalu, JAINJ menemukan buku-buku lama dan baharu berkaitan dengan Aurad Muhammadiyah yang difatwakan haram.

Beliau dijumpai di Majlis Hi-Tea bersama Pembayar Zakat Perniagaan di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, petang tadi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE