fb fb fb fb fb

Felcra kenal pasti hampir 1,500 peserta tanam semula kelapa sawit

(Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bercakap pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival
Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Kampung Padang Limau, Bukit Bakar, Machang)

MACHANG, 26 Ogos - Felcra Berhad (Felcra) mengenal pasti hampir 1,500 peserta seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hinga 30 tahun.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bagaimana pun bagi proses tersebut ia tertakluk kepada peruntukan kerajaan selain memerlukan persetujuan pemilik tanah.

Jelas beliau, berdasarkan sasaran yang di letakkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, projek penanaman semula sawit itu akan melibatkan kawasan seluas kira-kira 50,000 hektar.

"Dia mesti menyerahkan kepada kita dan kita akan menguruskan ladang dan hasilnya kita akan tolak daripada belanja pembangunan selebihnya keuntungan akan kita berikan kepada rakyat ataupun peserta, pokok dah matang dan tua kita tebang, terpulang kepada peserta dan banyak sekarang ni kita dalam proses kita nak selesaikan proses itu dulu, mereka serahkan kepada kita
balik tanah untuk pusingan kedua untuk 25 tahun akan datang, maknanya kita akan usahakan tanah tersebut," kata beliau kepada media selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Kampung Padang Limau, Bukit Bakar, di sini hari ini.

(Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada sebahagian
penerima pada Jelajah Mini Karnival #KeluargaMalaysia FELCRA Berhad 2022) 

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan turut mengalakkan mana-mana pemilik tanah yang ingin memajukan kawasan mereka dengan tanaman kelapa sawit agar dapat menghubungi pihak Felcra untuk membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan.

Menurutnya, pelbagai kemudahan dan faedah disediakan pihak Felcra bagi tujuan tersebut termasuk segala kos pengurusan akan di tanggung sepenuhnya.

Setakat ini, Felcra mempunyai 80 peratus tanaman kelapa sawit di seluruh negara manakala selebihnya adalah melibatkan tanaman getah dan lain-lain.

Media Baharu