fb fb fb fb fb

Fahmi optimis Kementerian Komunikasi pacu lebih banyak pertumbuhan ekonomi digital

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Maklumat dasar dan informasi lebih tepat antara fokus utama Kementerian Komunikasi dalam jangka masa panjang selepas pengasingan Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata fokus itu akan lebih menjurus selepas beberapa agensi akan dikembalikan di bawah kementerian berkenaan.

"Untuk komunikasi, saya percaya fokus kami adalah lebih khusus untuk memastikan maklumat dasar, pencapaian dan isu semasa itu sampai kepada rakyat. Penyelesaian kerajaan itu dapat kepada rakyat, jadi ini akan menjadi fokus. Tapi saya perlu masa untuk faham. Mungkin ada agensi dimasukkan atau dikembalikan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Fahmi optimis kementerian baharu yang diterajuinya akan memacu lebih banyak pertumbuhan ekonomi digital.

Ia selepas pengkhususan kementerian yang diberikan selain terus memperkasa agensi-agensi kendaliannya.

"Semua agensi yang berkaitan disatukan bawah satu kementerian. Ia akan memacu pertumbuhan ekonomi digital. Ekonomi digital akan memainkan peranan yang sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi, maka dengan adanya kementerian khusus, ia menunjukkan betapa fokusnya perdana menteri kepada isu ini dan saya percaya ia akan membawa kebaikan kepada negara," kata Fahmi.

Fahmi terdahulu mengangkat sumpah sebagai Menteri Komunikasi di Istana Negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM