fb fb fb fb fb

Hari Malaysia: Fahmi menghadap Tun Juhar hari ini

Fahmi Fadzil menghadap Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini/Facebook Fahmi Fadzil

KOTA KINABALU, 5 September- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini sempena sambutan Hari Malaysia 2024 di negeri itu pada 16 September ini.

Beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa telah membentangkan pengisian program terbabit pada pertemuan itu.

Turut serta dalam pertemuan pagi tadi adalah pasukan Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024) dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

"Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar atas sokongan kepada Kementerian Komunikasi yang dipertanggungjawabkan sebagai Jawatankuasa Induk sambutan HKHM 2024," kata Fahmi menerusi Facebook beliau hari ini.

Fahmi turut berharap sambutan di Padang Merdeka dekat sini berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

"Bah.. jumpa kita di Sabah!," katanya lagi.

SITI AISHAH MD ISA