fb fb fb fb fb

Fahmi hadiri pertemuan dengan JPKK Pulau Pinang

Datuk Fahmi Fadzil hadiri Perjumpaan Bersama Warga Kerja Jabatan dan Agensi Kementerian Komunikasi Negeri Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 30 Jun- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menghadiri perjumpaan bersama kakitangan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Komunikasi (JPKK) Pulau Pinang yang berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth di sini.

Perjumpaan bermula kira-kira pukul 2.00 petang itu melibatkan seramai 60 wakil daripada lapan agensi termasuk RTM, Jabatan Penyiaran (JAPEN), BERNAMA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Telekom Malaysia (TM).

Dalam pada itu, Datuk Fahmi turut mengadakan lawatan tapak ke PICCA bagi meninjau persiapan lokasi bagi penganjuran Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 16 September depan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth.

Beliau meneruskan program sebelah petang dengan menguji kualiti liputan MCMC dengan menaiki bas dari PICCA ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, Yayasan Aman.

Datuk Fahmi kemudian meninjau Kempen Internet Selamat di NADI serta menyertai sesi sembang santai Komuniti MADANI bersama penduduk Daerah Seberang Perai Tengah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI