
SEBUYAU, 8 Januari – Beberapa kampung di kawasan Sebuyau dinaiki air susulan limpahan air sungai di kawasan itu mencecah paras 2.2 meter berikutan hujan lebat sejak awal pagi hingga 9.00 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Semua laluan di kawasan terjejas tidak dapat dilalui kenderaan dan orang awam akibat banjir.
- Empat kampung terlibat termasuk Kampung Stika, Pantu Plaie, Ladong dan Seruyuk.
- Hebahan dibuat melalui JKKK dan pembesar suara; penduduk dinasihatkan bersedia untuk pemindahan awal.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sebuyau menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan tersebut menyebabkan semua laluan di kawasan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan dan orang awam.
“Kampung terlibat ialah Kampung Stika, Kampung Pantu Plaie, Kampung Ladong dan Kampung Seruyuk,” menurut kenyataan itu.
Hebahan telah dilakukan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta melalui pembesar suara bergerak.
Orang kampung dinasihatkan supaya bersedia untuk pemindahan awal sekiranya hujan berterusan.