fb fb fb fb fb

Ekspo Rumah Mampu Milik tawar pemilikan lebih 8,000 unit

BANDAR HILIR, 3 Jun- Lebih 8,000 unit rumah ditawarkan dalam Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) anjuran Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sekali gus menjadi ekspo perumahan terbesar dilaksana di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata melalui ekspo selama 3 hari itu, pihaknya menganggarkan nilai jualan sebanyak RM2.28 bilion.

Rumah yang ditawarkan berharga antara RM70,000 hingga RM180,000 meliputi Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Belia Melaka dan Rumah Mampu Milik.

Datuk Seri Sulaiman optimis dengan pelaksanaan ekspo tahunan ini akan membantu Melaka mencapai sasaran peratusan pemilikan rumah iaitu 88% menjelang 2030.

"Kita menyasarkan peratus pemilikan rumah negeri Melaka meningkat kepada 88% menjelang tahun 2030. Sehingga kini tahun 2022, kita saya dah sebut tadi 83.5% tapi kita menyasarkan peratus pemilikan rumah sehingga tahun 2030 iaitu 88%," kata Sulaiman kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo berkenaan di Bandar Hilir.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali merasmikan Ekspo Rumah Mampu Milik Negeri Melaka 2022 di Bandar Hilir)

Dalam pada itu, mengulas situasi kenaikan harga bahan sektor pembinaan yang boleh mempengaruhi harga jualan rumah, beliau berkata pihaknya akan memastikan harga rumah di Melaka tetap relevan dan mampu milik.

Media Baharu