Denda RM50 juta selesai, kediaman DS Najib jadi tumpuan

Media berkumpul di Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR, 6 November – Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, menjadi tumpuan media selepas bayaran denda RM 50 juta dibayar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Petugas media berkumpul di kediaman bagi mengikuti kemungkinan kepulangan Najib untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
  • Kawasan kediaman dikawal ketat polis, Najib tidak kelihatan; hanya kenderaan Jabatan Penjara dan polis memasuki kawasan.
  • Setiausaha Agung UMNO mengesahkan pembayaran denda diselesaikan selepas Tabung Solidariti mencapai sasaran kutipan.
  • Pengampunan bersyarat perkenan Yang di-Pertuan Agong membolehkan baki hukuman dijalankan menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk syarat.

Petugas media mula berkumpul di kawasan berkenaan bagi mengikuti perkembangan kemungkinan kepulangan Datuk Seri Najib untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Kawasan kediaman itu turut dikawal ketat oleh pihak polis meskipun dalam keadaan hujan. Bagaimanapun, sehingga pukul 5 petang, kelibat Datuk Seri Najib masih belum kelihatan, sebaliknya hanya beberapa kenderaan Jabatan Penjara Malaysia dan polis dilihat memasuki kawasan kediaman berkenaan.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan pembayaran denda RM50 juta itu diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Tabung Solidariti Najib Razak mencapai sasaran kutipan.

Pembayaran berkenaan merupakan antara syarat bagi membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada September lalu membolehkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman sehingga 23 Ogos 2028 menerusi tahanan rumah, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.