PERMATANG PAUH, 9 Mei- Kira-kira 500 jemaah dan ahli kariah Masjid Guar Perahu, Penanti, menerima sumbangan makanan menerusi inisiatif Dapur MADANI sempena lawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, hari ini.
Inisiatif yang diperluas ke kawasan Parlimen Permatang Pauh itu membawa makna besar kepada komuniti setempat, khususnya golongan B40 yang memerlukan.
Selepas selesai solat Jumaat, para jemaah menerima edaran juadah makanan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata demikian kepada RTM selepas menghadiri Program Sesi Kasih MADANI di masjid berkenaan.
Program Dapur MADANI merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menyantuni komuniti yang memerlukan, khususnya kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara.