fb fb fb fb fb

CPPS usaha perkasa perkhidmatan kurier negara

Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

SHAH ALAM, 1 November - Pengenalan Kod Amalan Perkhidmatan Pos (CPPS) dilihat sebagai usaha untuk memperkasa ekosistem perkhidmatan kurier negara bagi memastikan perkhidmatan kurier kekal relevan, cekap dan berintegriti khusus dalam mendepani cabaran era digital.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan kod amalan pertama dalam industri kurier yang menjadi rujukan utama operasi harian syarikat-syarikat kurier. CPPS bukan sekadar sebuah dokumen teknikal, sebaliknya inisiatif

"Saya percaya nanti melalui CPPS ini kita akan dapat segera mengadaptasi kod ke dalam prosedur operasi standard ataupun sop masing-masing untuk perkukuhkan industri dan meningkatkan kesedaran serta perlindungan pengguna.

"Saya percaya banyak daripada yang diusahakan oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Penghantaran Expres Malaysia (AMEC) dan pengurusan sedia ada banyak memanfaatkan para pemain industri dan juga para pekerja.

"Kita tahu ada jumlah yang ramai dan hasrat saya adalah untuk pastikan anda semua dan ramai lagi yang sedang waktu ini membuat penghantaran kekal mempunyai pekerjaan yang mampu untuk menampung keperluan keluarga masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kurier Negara Tahun 2025 di sini.

Dalam ucapan pada majlis sama, beliau turut mengambil maklum mengenai isu ketidakseimbangan pasaran yang semakin ketara apabila pemain antarabangsa kini menguasai lebih 90 peratus daripada jumlah penghantaran domestik.

Perkara itu mengakibatkan syarikat tempatan berdepan tekanan untuk terus berdaya saing dengan pemain global dalam segmen kurier.

Sehubungan itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan sokongan AMEC serta rakan-rakan industri telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rangka Kerja Perkongsian Rangkaian Kurier (CNSF).

Ia merupakan satu inisiatif bersejarah pertama di ASEAN yang berpaksikan perkongsian
kapasiti, kolaborasi data dan kecekapan operasi antara pemain tempatan dan antarabangsa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI