JOHOR BAHRU, 26 Disember - Johor merekodkan satu kes kematian baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), manakala tiga lagi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut EXCO Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon angka yang direkodkan dalam tempoh tiga minggu juga menunjukkan trend peningkatan.
Minggu epid 51 menunjukkan angka kes mencecah 2,423, berbanding 673 pada minggu epid 50.
Kumulatif kes sejak awal tahun sehingga kini adalah 6,526 kes dengan Johor Bahru menjadi penyumbang terbanyak 2,431 kes, diikuti Kulai 885 kes dan Batu Pahat 812 kes.
Secara kumulatif Johor Bahru merekodkan kes COVID-19 tertinggi hingga 51 iaitu sebanyak 2,431 kes diikuti Kulai (885) dan Batu Pahat (812).
Beliau menasihatkan orang ramai supaya meningkatkan penjagaan kesihatan seperti memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan.