fb fb fb fb fb

Buku VCM, panduan Malaysia ke arah ekonomi karbon rendah

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Bursa Malaysia Bhd melancarkan Buku Panduan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) Malaysia, panduan yang relevan ketika Malaysia beralih ke arah ekonomi berkarbon rendah.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Buku Panduan VCM penting untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan.

"Buku panduan tersebut merupakan usahasama antara Bursa Malaysia dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC), yang dimulakan melalui memorandum kerjasama yang ditandatangani pada 20 Februari lalu," kata Nik Nazmi selepas merasmikan Buku Panduan VCM, bersempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2023.


(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad
merasmikan Buku Panduan VCM)

Ia dibangunkan melalui perundingan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan pelbagai peserta ekosistem.

Turut hadir, Ketua pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor.

Media Baharu