fb fb fb fb fb

Bidang akuakultur, Malaysia sedia kongsi pengetahuan, teknologi demi manfaat bersama

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Februari - Malaysia sedia berkongsi pengetahuan dan teknologi berkaitan bidang akuakultur dengan negara luar.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata industri akuakultur di Malaysia merupakan industri yang berkembang pesat dengan prestasi pengeluaran yang amat baik.

"Kolaborasi antarabangsa penting bagi memastikan sektor pertanian negara tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Mohamad, langkah itu juga bertujuan mendepani cabaran perubahan cuaca ketika ini.

Komitmen Malaysia itu telah beliau maklumkan kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (F-A-O) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Qu Dongyu semasa sesi perbincangan dua hala pada Mesyuarat Persidangan Serantau (FAO) untuk Asia dan Pasifik di Sri Lanka.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN