fb fb fb fb fb

Bengkel kereta terbakar, lelaki Pakistan maut

(Foto Hiasan)

SHAH ALAM, 27 April- Seorang pekerja bengkel warga Pakistan maut dalam satu kebakaran di sebuah bangunan bengkel kereta di sini, pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan kebakaran di sebuah bengkel kereta pada pukul 5.56 pagi.

"Bangunan bengkel tersebut merupakan bangunan dua tingkat.

"Mangsa dipercayai tidak dapat menyelamatkan diri dan ditemukan di tangga bangunan berkenaan.

"Kedua-dua belah kaki mangsa melecur.

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, bangunan tersebut musnah sepenuhnya.

Siasatan masih dijalankan berhubung punca kejadian.


(Foto Hiasan)

Media Baharu