fb fb fb fb fb

Belanjawan Selangor 2026 fokus perkukuh sektor pendidikan, basmi kemiskinan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada perasmian Program Gotong-Royong Komuniti Ayer di Puchong/ Foto RTM

PUCHONG, 25 Oktober - Belanjawan Selangor 2026 bakal menumpukan usaha memperkukuh sektor pendidikan dan membasmi kemiskinan, sebagai langkah memastikan rakyat menikmati kemajuan secara menyeluruh.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tumpuan terhadap dua aspek itu penting bagi memastikan tiada kelompok masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan negeri.

Menurut beliau, beberapa inisiatif baharu akan diumumkan dalam pembentangan belanjawan tahun depan yang kini hampir dimuktamadkan.

"Terdapat dua atau tiga program baharu berkaitan aktiviti tersebut. Insya-Allah, saya sedang menyiapkan teks sekarang. Tajaan juga telah disediakan," katanya.

'Insya-Allah, saya percaya ia juga akan banyak membantu sedikit sebanyaj keperluan dan juga bagaimana Selangor bergerak ke hadapan dengan memastikan semua rakyatnya dapat bergerak bersama sama dgn pekbangunan dan hala tuju," tambahnya lagi.

Beliau optimis, pelaksanaan program tersebut akan membantu memperkukuh kesejahteraan rakyat serta menyokong hala tuju pembangunan Selangor.

Datuk Seri Amirudin berkata demikian selepas merasmikan Program Gotong-Royong Komuniti Ayer sempena Hari Alam Sekitar Malaysia di Puchong.

EMMI NORALIZA ADNAN