KPM pastikan RM69 bilion dimanfaat optimum

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan peruntukan hampir RM69 bilion menerusi Belanjawan 2027 dimanfaatkan secara optimum bagi memperkukuh kebajikan murid, kesejahteraan guru serta pembangunan infrastruktur pendidikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Prioritikan bantuan dan sokongan murid termasuk BAP, Elaun Sara Hidup Tingkatan Enam, RMT dan Elaun MBPK.
  • Tingkatkan kebajikan serta pembangunan profesionalisme guru melalui inisiatif sokongan dan latihan.
  • Laksanakan projek penyelenggaraan dan pembinaan sekolah baharu sambil memastikan pemfokusan peruntukan, tadbir urus kewangan cekap dan integriti.

Dalam kenyataan, KPM memaklumkan antara keutamaan ialah bantuan dan sokongan kepada murid, termasuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Elaun Sara Hidup Pelajar Tingkatan Enam, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Menurut KPM, kebajikan dan pembangunan profesionalisme guru turut diberi perhatian, selain pelaksanaan projek penyelenggaraan serta pembinaan sekolah baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2027.

“Peningkatan peruntukan itu merupakan amanah besar yang perlu diterjemahkan melalui pelaksanaan berimpak tinggi supaya manfaatnya dapat dirasai seluruh warga pendidikan.

“Sehubungan itu, kementerian akan memperkukuh pelaksanaan secara berfokus dengan memastikan setiap peruntukan disalurkan mengikut keutamaan dan keperluan, disokong tadbir urus kewangan yang cekap serta berintegriti,” menurut kenyataan itu.

Komitmen itu selaras dengan tema Belanjawan 2027, “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” dan aspirasi pendidikan negara, “Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.