fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: Tumpu pembangunan belia dalam kemajuan negara

Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid / Foto Facebook MBM

KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pengumuman Belanjawan 2025, jelas menumpukan kesejahteraan rakyat dan pembangunan belia dalam kemajuan negara.

Menurut Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, pengumuman kenaikan gaji minimun dari RM1,500 kepada RM1,700, dilihat memberi impak besar kepada lebih sejuta pekerja muda dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

"Langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

"Golongan belia, khususnya akan mendapat manfaat besar daripada inisiatif ini dalam menghadapi cabaran kos sara hidup," katanya menerusi kenyataan.

MBM juga mendukung penuh beberapa insiatif lain, seperti Pelancaran rintis Program Latihan Khidmat Negara 3.0 memperuntukkan RM25 juta, Program Anak Kita merupakan usaha menyeluruh untuk menangani isu keciciran 80,000 anak-anak dalam negara.

Selain, peruntukan sebanyak RM25 juta kepada Program Rakan Muda bertujuan memupuk identiti, jati diri dan daya tahan belia dan pengenalan 'Skim Step Up Financing' dengan jaminan kerajaan sehingga RM50 billion khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.

Oleh itu, beliau berharap golongan belia bijak dalam mengurus peluang yang ada, serta menggunakan setiap peluang dengan penuh tanggungjawab demi masa depan yang lebih baik.

Trainee2