Bekalan sayur negara stabil, kerajaan pantau risiko kenaikan harga global

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (tiga kiri) melancarkan Agro-Penjaja-i di Putrajaya/Foto Bernama

PUTRAJAYA 13 MEI – Kerajaan menjangkakan kesan kenaikan harga minyak dunia berpotensi mempengaruhi harga makanan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memantau harga komoditi global dan impak terhadap kos makanan melalui Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
  • Tindakan intervensi awal sedang dipertimbangkan untuk meringankan beban pengguna dan peniaga kecil.
  • Kenaikan harga makanan belum ketara, tetapi kerajaan tetap waspada terhadap perubahan pasaran global.
  • Bekalan makanan asas stabil; stok beras mencukupi hingga hujung tahun, sementara lebihan sayur memerlukan campur tangan FAMA.

Namun pelbagai langkah intervensi sedang dirangka bagi mengurangkan beban rakyat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan sentiasa memantau perkembangan semasa termasuk harga komoditi global serta impaknya terhadap kos makanan tempatan.

Menurut beliau, tindakan awal sedang dipertimbangkan bagi memastikan sebarang kenaikan kos tidak memberi tekanan besar kepada pengguna dan peniaga kecil.

“Kita lihat apakah intervensi yang boleh diambil oleh kerajaan. Kementerian Ekonomi khasnya Kementerian Kewangan akan memerhati dan membuat tindakan segera bagaimana untuk meringankan beban rakyat kerana selepas tiga bulan kita yakin peniaga mula merasai kenaikan harga ini,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Pelancaran Agro Penjaja-i di sini, harini.

Jelas beliau, ketika ini kenaikan harga makanan masih belum ketara kecuali di beberapa premis tertentu, namun kerajaan tidak boleh terlalu selesa kerana keadaan pasaran global sentiasa berubah.

Menurut beliau, antara faktor yang boleh memberi kesan ialah kenaikan harga bahan makanan ternakan seperti soya dan jagung bijirin yang digunakan dalam industri makanan.

“Ketika ini kenaikan harga belum ketar
a, tetapi kita tidak boleh selesa kerana kita tidak tahu perkembangan akan datang, terutama apabila berlaku kenaikan harga bahan makanan seperti soya dan jagung,”

“Ketika ini, kenaikan harga belum ketara, tetapi kita tidak boleh terlalu selesa kerana kita tidak tahu perkembangan akan datang, terutama apabila berlaku kenaikan harga bahan makanan seperti soya dan jagung,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan bekalan makanan asas negara masih berada pada tahap stabil dengan stok beras dijangka mencukupi sehingga hujung tahun ini.

Bagaimanapun, pengeluaran sayur-sayuran tempatan ketika ini mencatat lebihan bekalan, khususnya di Cameron Highlands, sehingga memerlukan campur tangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menstabilkan pasaran.

“Sayur pula berlaku lambakan, lebihan di Cameron Highlands sehingga FAMA terpaksa melakukan intervensi dengan membeli atau mencari penyelesaian bagi membantu petani,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.