fb fb fb fb fb

Bayaran pampasan penduduk Kampung Sungai Baru selesai

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Proses pembayaran wang pampasan kepada penduduk di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan projek pembangunan di kawasan itu telah selesai, dengan jumlah bayaran antara RM198,000 hingga RM2.9 juta mengikut kategori rumah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, jumlah pampasan telah mengambil kira nilai pasaran yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Nilai pampasan bagi lot teres antara RM800,000 hingga RM2.9 juta, manakala unit flat antara RM198,000 hingga RM350,000.

Beliau berkata semua bayaran pampasan telah pun selesai disalurkan kepada penduduk antara Februari 2022 hingga Januari 2023.

"Ini mengambil kira nilai pasaran yang telah ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Melibatkan kos pindaan sewaan fi penilaian serta kos kehilangan pendapatan. Realitinya semua bayaran telah pun selesai.

Fakta ini menangkis tuduhan bahawa ada penduduk yang masih tidak menerima pampasan, malahan turut dibayar bukan saja kepada pemilik tetapi juga kepada penyewa semasa pengambilan dijalankan yang merangkumi nilai kerugian sewa semasa dan juga kos pindah." jelasnya.

Beliau berkata dalam Sesi Penerangan Menteri berkenaan 'Hala Tuju Pembangunan Kampung Baru Ke Arah Pemerkasaan Identiti Melayu Di Kuala Lumpur' di Dewan Rakyat.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ