fb fb fb fb fb

Bayar zakat secara potongan gaji melalui skim PZB

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Faktor lokasi tidak boleh lagi dijadikan alasan sukar melunaskan kewajiban membayar zakat.

Pelbagai kaedah telah disediakan bagi memudahkan umat Islam membayar zakat.

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kini giat melaksanakan kempen menunaikan zakat secara potongan gaji berjadual melalui skim PZB.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman berkata, PZB adalah saluran yang konsisten dan selamat serta boleh dimanfaatkan kakitangan kerajaan dan swastra di Wilayah Persekutuan.

(Abdul Hakim Amir Osman pada majlis pelancaran Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan 2022)

Pembayar zakat boleh mendaftar secara dalam talian menerusi ptg.zakat.com.my atau mengisi borang di kaunter PPZ dan melalui majikan masing-masing.

"Sebanyak 5,000 pembayar zakat disasarkan berdaftar dalam tempoh dari 1 Jun hingga 31 Disember dengan kutipan keseluruhan RM40 juta setahun melalui potongan gaji," kata Abdul Hakim ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan 2022 di sini.

Menerusi PZB juga pembayar zakat dilindungi Skim Kafalah Muzakki atau khairat kematian bernilai RM3,000.

Pada majlis yang sama beliau turut menyampaikan hadiah kepada pembayar cukai bertuah kempen Ramadan Penuh Makna 2022.

Media Baharu