fb fb fb fb fb

Bas hilang kawalan, 21 individu berdepan detik cemas

Foto Ihsan PDRM

SEGAMAT, 14 April- 21 individu berdepan detik cemas selepas sebuah bas hilang kawalan dan melanggar empat buah kereta di Kilometer 77 Jalan Muar-Segamat, Johor, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata bas itu melanggar sebuah kereta sebelum kereta berkenaan melanggar kenderaan lain.

Akibat pelanggaran, pemandu kereta berkenaan telah melanggar belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan lain yang dipandu dua lelaki berusia 41 serta 28 tahun.

Kenderaan yang dipandu lelaki berusia 28 tahun terbabas lalu melanggar sebuah lagi MPV dipandu lelaki berusia 52 tahun.

Bagaimanapun, kesemua pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan serius. 

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM