
MASJID TANAH, 7 Ogos – Bantuan kepada sekolah Cina dan Tamil yang telah diluluskan kerajaan akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.
- Pengumuman dibuat secara berasingan untuk memastikan setiap institusi pendidikan diberi perhatian yang adil
- Kerajaan terus memperkukuh sokongan kepada institusi pendidikan Islam termasuk sekolah pondok, maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat
- Bantuan diagihkan seimbang dan saksama supaya setiap anak bangsa mendapat sokongan; sekolah Cina dan Tamil menerima peruntukan mengikut jadual
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu dibuat secara berasingan bagi memastikan semua institusi pendidikan diberi perhatian secara adil.
“Untuk sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang telah kita luluskan, saya ada majlis dalam dua minggu lagi untuk kita umumkan secara berasingan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini.
Pada masa sama kerajaan terus memperkukuh sokongan kepada institusi pendidikan Islam termasuk sekolah pondok, maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat yang sebelum ini kurang mendapat perhatian.
“Orang Islam merupakan majoriti, maka kepentingan majoriti juga perlu diberi perhatian.
Pada masa sama, sekolah Cina dan sekolah Tamil turut diberikan peruntukan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya lagi.
Menurut Datuk Seri Anwar, bantuan pendidikan yang disalurkan secara seimbang dan saksama bagi memastikan setiap anak bangsa mendapat sokongan yang sewajarnya