fb fb fb fb fb

Banjir Perak : Penduduk terjejas kekal 68 orang setakat 4 petang

FOTO APM PERAK

IPOH, 22 November- Perkembangan situasi banjir di Perak setakat pukul 4 petang tadi tidak berubah.

Jumlah penduduk terjejas kekal 68 orang daripada 23 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara PPS.

Kesemua mereka yang merupakan penduduk Kampung Simpang Halt.ditempatkan di Dewan Orang Ramai Simpang Halt dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS).

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak masih mencatat tahap amaran iaitu 165.51 meter berbanding paras normal 165.10 meter.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE