Banjir Perak: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 290 orang

Foto APM Perak

IPOH, 25 Jun- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 290 orang daripada 95 keluarga selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohd Nasrul Menhat mengisytiharkan penutupan PPS SK Changkat Ibol dan Dewan Perdana Trong pada pukul 2.00 petang.
  • Penutupan dibuat selepas keadaan banjir kembali pulih dan air surut sepenuhnya di kawasan terjejas.
  • Semua penduduk yang ditempatkan di kedua-dua PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
  • Tiga PPS masih beroperasi: Dewan Bandaran Gopeng (51), Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta (140) dan SK Matang Gelugor (99).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut, Matang dan Selama, Mohd Nasrul Menhat mengisytiharkan penutupan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol dan Dewan Perdana Trong pada pukul 2.00 petang tadi.

Penutupan kedua-dua PPS itu dibuat selepas keadaan banjir kembali pulih dan air surut sepenuhnya di kawasan terjejas.

Semua penduduk yang ditempatkan di kedua-dua lokasi berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Ketika ini, tiga PPS masih beroperasi membabitkan dua daerah iaitu Larut, Matang dan Selama serta Kampar.

PPS yang masih dibuka ialah Dewan Bandaran Gopeng dengan 51 penduduk terjejas banjir daripada 16 keluarga, Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta membabitkan 140 penduduk terjejas banjir daripada 51 keluarga serta SK Matang Gelugor melibatkan 99 penduduk daripada 28 keluarga.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.