Banjir Perak: 348 penduduk berlindung di lima PPS

Foto Angkatan Pertahanan Awam

IPOH, 25 Jun – Seramai 348 penduduk terjejas daripada 118 keluarga ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut, Matang, Selama dan Kampar setakat pukul 8 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Larut, Matang dan Selama catat jumlah terjejas tertinggi; penduduk berlindung di Dewan Perdana Trong, Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta, SK Changkat Ibol dan SK Matang Gelugor.
  • Di Kampar, penduduk dari Kampung Ulu Geruntum dipindahkan ke Dewan Bandaran Gopeng.
  • Pemantauan JPS: Sungai Slim di Slim River pada paras bahaya (26.38 m), Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang pada paras amaran (22.23 m).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi kenyataan memaklumkan, Larut, Matang dan Selama mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu 297 orang daripada 102
keluarga.

“Kesemua penduduk di tiga daerah berkenaan kini berlindung di Dewan Perdana Trong, Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta, Sekolah Kebangsaan Changkat Ibol dan Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor.

“Manakala di Kampar, seramai 51 penduduk daripada 16 keluarga dipindahkan di Dewan Bandaran Gopeng yang melibatkan penduduk dari Kampung Ulu Geruntum,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati Sungai Slim di Slim River, Muallim berada pada paras bahaya dengan bacaan 26.38 meter, melepasi paras bahaya 25.40 meter.

Manakala, Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang berada pada paras amaran dengan bacaan 22.23 meter.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.