fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Perlis berkurangan

Penduduk terjejas banjir di Perlis berkurangan

KANGAR, 20 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perlis berkurangan kepada 90 orang, terdiri daripada 28 keluarga, sehingga pukul 9.00 malam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemaskini terkini memaklumkan, tiga PPS yang masih beroperasi ialah di Sekolah Kebangsaan Sena, Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dan Sekolah Kebangsaan Datuk Ahmad Musa.

PPS Sekolah Kebangsaan Datuk Ahmad Musa menempat penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 47 orang daripada 12 keluarga dari Kampung Sungai Padang.

Manakala, PPS Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dengan 33 orang daripada 12 keluarga dari Kampung Rawa Indah, Kampung Alor Ara dan Kampung Kubang Gajah.

Sementara itu, PPS Sekolah Kebangsaan Sena menempatkan empat keluarga terdiri 10 orang penduduk dari Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau dan Kampung Sena.

Dalam pada itu, penduduk dinasihati sentiasa berwaspada dan bersedia berpindah ke PPS yang disediakan, sekiranya banjir kembali melanda berikutan masih hujan di seluruh Perlis.

ROSLINA BINTI DIN