Banjir kilat di Raub, 21 penduduk dipindahkan ke dua PPS

Foto hiasan

RAUB, 18 Oktober -Setakat 8.00 pagi, seramai 21 penduduk berada dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas hujan lebat berterusan di sini, menyebabkan 11 rumah di Raub dilanda banjir kilat, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lapan rumah di Kampung Cheroh dan tiga rumah di Kampung Sempam Baru dinaiki air.
  • PPS Balai Raya Kampung Cheroh dibuka pada 7.30 malam, PPS Kampung Sempam Baru dibuka pada 11.15 malam.
  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Raub digerakkan untuk dapatkan maklumat, memasang kubikel dan menyampaikan kit makanan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan, dalam kejadian malam semalam, hujan berterusan menyebabkan lapan rumah di Kampung Cheroh dan tiga rumah di Kampung Sempam Baru dinaiki air.

“Malam tadi, dua PPS dibuka bagi menempatkan 26 penduduk terjejas. PPS Balai Raya Kampung Cheroh mula dibuka pada 7.30 malam bagi menempatkan 18 penduduk, manakala lapan penduduk dipindahkan PPS Balai Raya Kampung Sempam Baru yng dibuka pada 11.15 malam,” menurut kenyataan itu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Raub telah digerakkan ke lokasi bagi mendapatkan maklumat, memasang kubikel dan menyampaikan sumbangan kit makanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.