
KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Sebanyak 24 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 9.00 pagi tadi.
- Bacaan tertinggi dicatatkan oleh Pasir Gudang (190), Larkin (182) dan Kota Tinggi (181).
- Beberapa kawasan lain catat IPU tidak sihat termasuk Pengerang (178), Nilai (172), Seremban (169) dan Batu Pahat (168).
- 42 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala dua lagi baik.
- Skala IPU: 0 hingga 50 baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, 301 ke atas berbahaya.
Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) memaklumkan bahawa Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 190, diikuti Larkin, Johor (182) dan Kota Tinggi, Johor (181).
“Antara kawasan lain yang mencatat IPU pada tahap tidak sihat adalah Pengerang, Johor (178), Nilai, Negeri Sembilan (172), Seremban, Negeri Sembilan (169) dan Batu Pahat, Johor (168).
“Selain itu, Bukit Rambai, Melaka (163), Johan Setia, Selangor (163) dan Kluang, Johor (162),” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, 42 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala dua lagi baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.