fb fb fb fb fb

Banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kuching

Keadaan banjir kilat di Kuching

KUCHING, 28 Januari- Beberapa kawasan rendah di Kuching mengalami banjir kilat pagi tadi ekoran hujan lebat lebih empat jam sejak awal pagi tadi.

Tinjauan RTM di sekitar Kuching mendapati beberapa kediaman di Taman Sejoli dinaiki air hingga mencecah paras lutut.

Bagi seorang penduduk yang ditemui RTM Abdul Aziz Rahim, dia sekeluarga terpaksa berjaga sejak subuh apabila air mula masuk ke ruang tamu rumahnya.

"Saya terpaksa mengalihkan kenderaan ke kawasan yang lebih tinggi," katanya.

Selain Taman Sejoli, beberapa kawasan juga dilaporkan mengalami banjir kilat termasuk Metrocity dan Kampung Paruh di Matang.

Bagaimanapun setakat pukul 10.00 pagi tadi belum ada sebarang pemindahan dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
terus melakukan tinjauan di seluruh Kuching bagi perkembangan operasi pemindahan.

Namun paras air sungai yang masih terkawal dan banjir kilat mula surut seawal pukul 9.00 pagi namun pihaknya terus melakukan pemantauan.

Sementara itu menurut laporan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan antara kawasan terjejas di bandar raya Kuching melibatkan Padang Merdeka, Jalan P.Ramlee, Jalan Petanak, Jalan Blacksmith, Jalan Sekama dan Jalan Satok.

Berdasarkan tinjuan yang dilakukan oleh Pasukan Charlie Balai Bomba dan Penyelamat Padungan mendapati situasi tersebut tidak menjejaskan laluan pengguna jalan raya dan pergerakan kenderaan masih berjalan lancar.

Selain itu, keadaan sungai Sarawak juga dilaporkan terkawal dan tiada tanda-tanda berlaku kenaikan paras air.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI