fb fb fb fb fb

Banjir kilat, 1 PPS dibuka di Port Dickson

Foto Fail

PORT DICKSON, 17 April- Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Permatang Pasir, Port Dickson, awal pagi tadi, susulan kejadian banjir kilat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan PPS itu dibuka pada pukul 4.08 pagi dengan menempatkan 46 orang daripada dua keluarga.

"Beberapa stesen sungai turut merekodkan bacaan pada paras berjaga-jaga dan bahaya, setakat pukul 7.00 pagi tadi iaitu Sungai Linggi dan Sungai Triang di Jelebu."

"Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan memaklumkan, setakat pukul 9.00 pagi tadi, beberapa bekalan elektrik di daerah itu ditutup demi keselamatan pengguna setempat," kata APM dalam kenyataan itu.

Kawasan terjejas yang tidak mendapat bekalan elektrik ialah Padat Darul Widad dan Taman Linggi Idaman.

TNB juga bersiap siaga untuk membuat penutupan pencawang elektrik sekiranya banjir semakin buruk, berisiko serta membahayakan keadaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM