fb fb fb fb fb

Banjir Johor rekod 5,813.45 tan sisa sampah

(Tangkap layar video FB Mohd Jafni Md Shukor)

JOHOR BAHRU, 28 Mac- Sebanyak 5,813.45 tan sisa sampah direkodkan di Johor, susulan bencana banjir yang melanda negeri itu, setakat 24 Mac lalu.

Exco Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan, proses penyingkiran dan pembersihan sisa sampah sedang dilaksana, melibatkan kerjasama dan penyelarasan bersama.

Daripada jumlah tersebut, 5,379.02 tan sampah direkodkan di Segamat, iaitu 2,010.91 tan di Tapak Pelupusan Buloh Kasap, dan 3,368.11 tan di Tapak Pelupusan Moakil.

Manakala 433.43 tan sampah, direkodkan di Tapak Pelupusan Batu Ampat, Kota Tinggi.

Proses pembersihan diurus dengan baik dan tersusun, mengikut perancangan rapi, kerana sejumlah besar sisa pepejal boleh mengancam kesihatan, serta kesihatan minda mangsa.


(Tangkap layar video FB Mohd Jafni Md Shukor)

Media Baharu