fb fb fb fb fb

Banjir gelombang ke-4: Semua agensi diminta patuh SOP - TPM

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) ketika melawat PPS Sungai Ruil yang menempatkan tujuh keluarga mangsa tanah runtuh di Cameron Hinghland, hari ini

CAMERON HIGHLANDS, 6 Januari- Semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir diminta bersiap sedia dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pematuhan itu penting bagi menghadapi gelombang keempat monsun timur laut (MTL) yang kini beralih ke kawasan selatan.

Menurut beliau, semua aset akan diselaraskan mengikut SOP ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Saya harap tindakan-tindakan segera (dilakukan) mengikut SOP yang telah ditentukan oleh NADMA dan juga APM (Angkatan Pertahanan Awam) serta lain-lain agensi dapat diikuti oleh semua jawatankuasa," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, sini.

Sementara itu, menyentuh mengenai keadaan banjir di Johor yang masih tidak reda, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memaklumkan pengurusan banjir di negeri itu semakin cekap berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN
Tanah runtuh: Tempoh baik pulih rumah Orang Asli Sungai Ruil akan dipercepat - TPM

SITI AISHAH BINTI MD ISA