MIRI, 9 Disember – Empat lelaki berdepan detik cemas selepas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir ketika melalui Jalan Penerangan, Sepupok, Niah hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.09 pagi sebelum sepasukan lima anggota diketuai PBK I Awang Azwan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati tiga rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia berusia antara 26 dan 44 tahun berada atas kenderaan berkenaan selepas laluan dinaiki air.
“Mangsa yang berada di kawasan terbabit atas urusan tugas syarikat, dipindahkan ke lokasi selamat di Jambatan Simpang Sepupok menggunakan bot bomba,” menurut kenyataan itu.