fb fb fb fb fb

Banjir di Temerloh, lebih 900 penduduk terjejas

FOTO RTM

TEMERLOH, 14 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh dekat Pahang terus meningkat kepada 958 orang setakat pukul 4.00 petang ini berbanding 569 orang pada tengah hari tadi.

Kesemua mereka terdiri daripada 272 keluarga yang kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan merupakan PPS yang menempatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai dengan 462 orang daripada 131 keluarga.

Ia diikuti oleh PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti yang menampung 410 orang daripada 118 keluarga.

Selain itu, PPS SK Lanchang menempatkan 36 orang daripada 12 keluarga, PPS Balairaya Mempateh dengan 30 orang daripada 6 keluarga dan PPS Masjid Kampung Bongsu yang menempatkan 20 orang daripada lima keluarga.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), satu sungai di Pahang iaitu Sungai Mentiga di Jambatan Chini (F1), Pekan kini berada pada paras bahaya dengan bacaan 16.16 meter (m) berbanding bacaan normal pada 12.50m.

SITI AISHAH MD ISA