
PONTIAN, 25 April – Lebih 4,000 bahan kitar semula direkodkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menerusi inisiatif Bandar Bersih Johor pada tahun lalu, melibatkan penjanaan nilai RM1.47 juta.
- SWCorp laksanakan sembilan strategi dan 2,084 program menerusi inisiatif Bandar Bersih Johor.
- Jelajah Bersih Johor 2030 diteruskan di 15 lokasi negeri termasuk Pontian.
- Inisiatif mendapat sokongan menggalakkan masyarakat Pontian, 92.4 peratus menyokong penuh.
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, rekod itu melibatkan pelaksanaan sembilan strategi dan 2,084 program.
Bagi memperkasa pelaksanaan strategi berkenaan, SWCorp meneruskan Jelajah Bersih Johor 2030 di 15 lokasi dalam negeri pada tahun ini, termasuk di Pontian.
Lokasi terlibat, Taman Nilam/Nong Chik, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Chih, Taman Rekreasi Sungai Rambah dan Taman Negara Tanjung Piai.
Inisiatif mendapat sokongan menggalakkan masyarakat di Pontian, dengan 92.4 peratus penduduk di daerah itu, menyokong penuh Inisiatif Bandar Bersih Johor.