KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Sejumlah RM235 juta dana pembiayaan khas untuk wanita disediakan menerusi Bajet 2023 bawah Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNita MARA dan Biz Lady Bank Rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat berkata dana itu disedikan bagi mendorong lebih ramai wanita meningkatkan kapasiti perniagaan dan menambah baik strategi pemasaran
"Bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh 'rehat', kerajaan bercadang mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028," katanya.
"Bagi terus memperkasakan peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat, Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, mengenal pasti dan seterusnya menambah bilangan wanita yang layak untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah," tambah beliau.
(RM235 juta dana pembiayaan khas untuk wanita)
BERITA BERKAITAN
Bajet 2023: BKM terus ditambah baik
Peruntukan RM372.3 bilion dalam Bajet 2023 tiada seumpamanya, lebih tinggi dari 2022
Selain itu Gender Focal Team bakal diwujudkan di setiap kementerian dan agensi bagi memastikan dasar yang direncana mengambil kira kepentingan gender.
Tribunal Antigangguan Seksual juga akan ditubuhkan, agar segala bentuk gangguan seksual tidak lagi berlaku.
Untuk menangani isu kesihatan mental serta keganasan rumah tangga, sejumlah RM8 juta akan diperuntukkan bagi memperkukuh pusat sokongan sosial setempat.