BAGUS: Perluas akses representasi golongan tidak berkemampuan di Mahkamah Syariah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 Jun – Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) dapat memperluas akses representasi dan keadilan di Mahkamah Syariah kepada golongan tidak berkemampuan dan ibu tunggalyang menghadapi kesukaran mendapatkan khidmat guaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Madani menunjukkan keprihatinan membantu rakyat melalui inisiatif bantuan guaman syarie.
  • Komitmen memperkukuh Mahkamah Syariah, memperkasakan undang-undang dan meningkatkan kompetensi untuk memastikan representasi terbaik.
  • Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1.5 juta kepada PGSM untuk memperkukuh bantuan guaman syarie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan Madani membantu golongan berkenaan memperjuang hak-hak mereka dengan lebih baik.

“Ini merupakan satu komitmen dan juga indikator kepada semua bahawa di samping kita memperkukuh Mahkamah Syariah, memperkasakan lagi undang-undang dan juga melihat dari aspek kompetensi kita. Memberikan bantuan kepada rakyat biasa yang memerlukan reprensentasi yang terbaik di Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Pertandingan Debat Bahasa Arab Piala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Peringkat Antarabangsa 2026 di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bagi memperluas akses bantuan guaman syarie kepada golongan kurang berkemampuan melalui BAGUS.

Beliau menegaskan, akses kepada keadilan perlu diberi perhatian kerana masih ramai, khususnya golongan miskin dan ibu tunnggal yang berdepan kesukaran mendapatkan representasi guaman di Mahkamah Syariah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.