
JOHOR BAHRU, 28 Jun – Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan membuka dua Pusat Media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan pengamal media untuk membuat liputan serta penyebaran maklumat.
- Lokasi pusat media: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sabak Awor, Muar dan Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, Larkin.
- Beroperasi sehingga 11 Julai, dari pukul 9 pagi hingga 9 malam pada hari mengundi.
- Jaminan kelajuan internet minima 100 Mbps di setiap Pusat NADI bagi memudahkan penghantaran foto dan video.
- Fasiliti disediakan termasuk komputer riba, pencetak dan mesin fotokopi; semua pengamal media digalakkan menggunakan 100 Pusat NADI di seluruh Johor.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pusat berkenaan terletak di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Sabak Awor, Muar dan Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, Larkin.
“Dua Pusat Media ini akan beroperasi hingga 11 Julai nanti iaitu pada hari mengundi dari pukul 9 pagi hingga 9 malam,” katanya.
Pihaknya mengalukan semua pengamal media untuk menggunakan fasiliti yang disediakan di 100 Pusat NADI seluruh Johor sebagai pusat media sokongan sepanjang tempoh pilihan raya.
“Pihak kami akan memastikan kelajuan internet di setiap Pusat NADI tidak kurang 100 Mbps bagi memudahkan pengamal media untuk melaksanakan urusan menghantar foto dan video,” katanya.
Selain itu, pusat berkenaan turut dilengkapi fasiliti seperti komputer riba, mesin pencetak dan fotokopi yang boleh diguna pakai.