Harga bahan api turun ringankan kos harian rakyat

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Harga petrol dan diesel yang lebih rendah dijangka memberi kelegaan kepada rakyat serta mengurangkan kos operasi perniagaan, khususnya bagi mereka yang bergantung kepada penggunaan kenderaan setiap hari.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penurunan harga mencerminkan kestabilan pasaran minyak global.
  • Langkah membantu kerajaan seimbangkan perlindungan rakyat dan kukuhkan kedudukan fiskal menerusi subsidi lebih bersasar.
  • Harga diesel bersubsidi BUDI MADANI ditetapkan pada RM2.10 seliter, memberi manfaat kepada pengguna yang layak.
  • MOF selaraskan harga runcit mengikut APM: RON97 RM4.10, RON95 RM3.47, diesel Semenanjung RM4.07.

Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, penurunan harga itu turut mencerminkan keadaan pasaran minyak global yang semakin stabil.

Katanya, dari sudut makroekonomi, langkah tersebut membantu kerajaan mengimbangi keperluan melindungi rakyat, di samping memperkukuh kedudukan fiskal negara menerusi pelaksanaan subsidi yang lebih bersasar.

“Penetapan harga diesel bersubsidi pada RM2.10 seliter di bawah mekanisme BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) turut memberi manfaat kepada pengguna yang layak serta membantu mengurangkan tekanan kos operasi bagi sesetengah sektor ekonomi,” katanya kepada RTM.

Beliau berkata, penurunan harga berkenaan selaras dengan perkembangan pasaran minyak global yang menyaksikan penyusutan harga minyak mentah antarabangsa serta keadaan geopolitik yang semakin stabil.

Pada Khamis, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 25 hingga 30 Jun 2026 diselaraskan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM) susulan penurunan purata harga pasaran antarabangsa pada minggu sebelumnya.

Harga RON97 diturunkan 25 sen kepada RM4.10 seliter, RON95 tanpa subsidi turun 25 sen kepada RM3.47 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia dikurangkan 30 sen kepada RM4.07 seliter.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.