fb fb fb fb fb

Aturcara Sambutan Hari Malaysia dimuktamadkan esok

MELAKA, 1 September- Aturcara bagi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya esok selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan di Seri Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan bersama oleh beliau bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.


(Melaka akan putuskan esok aturcara Sambutan Hari Malaysia)

"Esok kita akan putuskan bagaimana tetapi kalau ada sebarang perubahan nanti akan dimaklumkan semula, jadi selewat-lewatnya esok kita akan tahu secara draf dia dulu macam mana dan mungkin dari masa ke semasa sebab kita 16 haribulan 9 ini ada masuk bulan 9 lagi mungkin kalau ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa tapi keputusannya esok," katanya selepas menjadi tetamu bagi Program Bicara Ketua Menteri di Konti Melakafm, Jalan Taming Sari, di sini.

Media Baharu