fb fb fb fb fb

ASEAN perlu ambil tindakan bersama tangani isu pelarian Myanmar

THAILAND, 10 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar ASEAN mengambil tindakan bersama dan bersepadu bagi menangani isu pelarian Myanmar.

Tegas beliau, sebagai sebuah negara kecil terdapat had yang dapat Malaysia lakukan dalam menerima pelarian Rohingya.

"Di Malaysia, terdapat hampir 200,000 pelarian dan sangat sedikit yang boleh kita lakukan kecuali meneruskan apa yang dipanggil penglibatan membina dengan junta Myanmar.

"Tetapi saya fikir Perdana Menteri (Prayut Chan-O-Cha), anda diletakkan dalam kedudukan yang lebih baik untuk menyatakan banyak kebimbangan kami bahawa isu tersebut perlu diselesaikan secara dalaman, memandangkan ia mempunyai kesan kepada rantau ini terutamanya di Malaysia, kami terima jumlah tertinggi pelarian Burma," katanya dalam sidang media khas bersama Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o Cha di Rumah Kerajaan Thailand.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu