LANGKAWI, 22 Januari- Mentransformasikan sistem koreksional rantau Asia Tengara.
Itu antara objektif utama penganjuran Persidangan Koreksional Rantau Asia Tenggara 2024 atau ASEAN Regional Correctional Conference (ARCC) 2024 di Langkawi, Kedah.
Persidangan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.
Beliau dalam ucatamanya berkata persidangan tersebut pertama kali dianjurkan di peringkat Asia Tenggara yang menghimpunkan pengurusan penjara Asia Tenggara.
Beliau berharap ia menjadi medan terbaik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepenjaraan.
Antaranya isu kesesakan penjara, penjara uzur, penguatkuasaan, program pemulihan serta pengumpulan data yang lebih sistematik.
Dalam pada itu, Datuk Seri Saifudin juga berharap penjara bukan saja menjadi tempat untuk menghukum tetapi tempat pemulihan dan rehibiltasi banduan.
Persidangan kali ini merupakan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan juga Pesuruhjaya Tinggi British.
Berakhir esok, persidangan tersebu menghimpunkan pengurusan penjara dari sembilan negara Asia Tenggara dan lapan badan antarabangsa sebagai jemputan.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad dan Timbalan Ketua Polis Negara. Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.