Aras laut Malaysia dijangka naik 0.74 meter menjelang 2100

Datuk Seri Mohamad Hasan

NEW YORK, 25 September – Kenaikan paras laut membawa ancaman masa depan dan memberi kesan kepada komuniti pesisir pantai Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Unjuran iklim: aras laut sepanjang pantai Malaysia boleh naik sehingga 0.74 meter menjelang 2100.
  • Meningkatkan risiko banjir, hakisan pantai dan limpahan air masin, menjejaskan keselamatan air, pertanian dan infrastruktur.
  • Malaysia memperkukuh adaptasi melalui NDC 3.0, Pelan Adaptasi Kebangsaan dan pemantauan berterusan pantai.
  • Mengesan negara maju memenuhi komitmen pembiayaan iklim, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti yang mudah diakses.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia perlu memperkukuh daya tahan selain menyeru sokongan negara maju dalam menyokong adaptasi perubahan iklim.

Unjuran iklim menunjukkan aras laut di sepanjang pantai Malaysia boleh meningkat sehingga 0.74 meter menjelang 2100.

Ia berpotensi meningkatkan risiko banjir, hakisan pantai dan limpahan air masin, selain memberi kesan kepada keselamatan air, pertanian dan infrastruktur.

“Malaysia mengalu-alukan Deklarasi yang menekankan aspek sains, data dan kesiapsiagaan. Pemantauan berterusan dan jangka panjang kawasan pesisir pantai amat penting bagi memperkukuh penilaian risiko, sistem amaran awal serta perancangan adaptasi.

“Malaysia juga memperkukuh usaha adaptasi nasional menerusi Sumbangan Ditentukan Negara, NDC 3.0, serta pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mesyuarat pleno peringkat tinggi mengenai ancaman kewujudan yang ditimbulkan oleh kenaikan paras laut pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-81 di sini.

Malaysia turut menggesa negara maju memenuhi komitmen menyediakan pembiayaan iklim, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti.

Sokongan berkenaan perlu bersifat mudah diakses dan mencukupi agar inisiatif dirancang mampu diterjemahkan secara konkrit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.