fb fb fb fb fb

Tingkat tahap kesiapsiagaan di kawasan berisiko banjir - NADMA

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di beberapa negeri serta kawasan berisiko tinggi diarahkan untuk diaktifkan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam berkata, arahan dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan waspada (Kuning) daripada Jabatan Meteorologi Malaysia awal pagi tadi.

Amaran melibatkan seluruh negeri Kelantan dan Terengganu serta Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga 25 Dis selain Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor hari ini.

"JPBN dan JPBD di kawasan terlibat perlu memastikan setiap PPS dilengkapi keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal serta
sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa.

TETITIA YUSOFF