fb fb fb fb fb

ANGKASA cadang urusan wasiat individu dikecualikan cukai

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mencadangkan agar urusan wasiat individu dikecualikan daripada cukai.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yakin langkah itu mampu meningkatkan lagi kesedaran ramai tentang kepentingan instrumen wasiat.

"Kalau kos buat wasiat ini katakanlah RM500. Nak buka akaun RM500 itu kita cadang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Itu yang kita cadangkan."

"Ini sebagai galakan orang buat wasiat, walaupun wasiat itu adalah wajib daripada segi Islam," kata Dr. Abdul Fattah kepada pemberita pada majlis ulang tahun ke-10 anak syarikatnya, MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) di ibu negara.

Terkini, MAAB menguruskan sebanyak 386,854 kes wasiat dengan anggaran harta pewasiat sejumlah RM193.4 bilion.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM