fb fb fb fb fb

Angka penduduk terjejas banjir meningkat, semua berada di PPS

Keadaan PPS di Kedah

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Hujan lebat petang tadi menyebabkan jumlah penduduk terjejas banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Perak, Johor dan Kedah menunjukkan peningkatan.

Menerusi laman web Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), kira-kira 1,456 penduduk terjejas banjir ditempat di 16 PPS.

Penduduk terjejas di Selangor meningkat kepada 277 orang daripada 56 keluarga.

Tiga PPS masih beroperasi melibatkan PPS Dewan Majlis Perbandaran Selayang Seri Kundang, Sekolah Kebangsaan Ijok dan Sekolah Kebangsaan Bukit Badong.

Di Perak, jumlah penduduk terjejas banjir pula meningkat iaitu 305 orang daripada 84 keluarga.

Kesemua penduduk terjejas ditempatkan di empat PPS antaranya di daerah Hilir Perak dan Kerian.

MetMalaysia meramalkan beberapa kawasan di Perak mengalami ribut petir atau hujan sehingga malam ini.

Sementara itu, di Kedah, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 271 orang daripada 77 keluarga.

Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Sungai Laka, Sungai Perik dan Sungai Anak Bukit serta Sungai Kedah telah melepasi paras.

Manakala di Johor melibatkan 498 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 146 keluarga yang masih berada di enam PPS.

Kesemua PPS dibuka melibatkan daerah Kluang.

Di Sarawak ia melibatkan 105 penduduk terjejas banjir terdiri daripada 26 keluarga.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI