fb fb fb fb fb

Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 April- Seramai 254 orang daripada 88 keluarga terjejas banjir di Johor, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan tidak berubah berbanding pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia melibatkan daerah Batu Pahat, dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah berkenaan.

Selain Johor, Sabah turut terjejas dengan banjir.

Di Sabah, seramai 131 orang daripada 29 keluarga kekal berada di PPS, setakat ini.

"Ia membabitkan Kinabatangan. Hanya satu PPS dibuka di daerah berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM