
KUALA LUMPUR, 9 Sept. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan hingga 12.00 tengah hari ini.
- Terengganu, Melaka dan beberapa kawasan Negeri Sembilan (Port Dickson, Rembau, Seremban, Kuala Pilah, Tampin) dilaporkan terlibat.
- Sarawak terjejas melibatkan Miri, Bario, Subis, Marudi, Limbang dan Bintulu.
- Sabah terjejas di kawasan Sandakan, Pantai Barat, Tawau dan Pedalaman dengan pelbagai daerah terlibat.
- Maklumat disiarkan menerusi kenyataan MetMalaysia.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Terengganu, Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson, Rembau, Seremban, Kuala Pilah dan Tampin.
Amaran sama dikeluarkan bagi negeri Sarawak melibatkan kawasan Miri, Bario, Subis, Marudi, Limbang dan Bintulu.
Selain itu, di Sabah kawasan yang dijangka terjejas ialah Sandakan (Paitan, Sandakan dan Labuk & Sugut), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Putatan) dan Tawau (Tawau, Semporna, Kalabakan dan Kunak) serta Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Membakut, Kuala Penyu, Pensiangan, Sook dan Keningau).